Friday, October 15, 2010

Program Ihya' Ramadhan 1431H


Program Ihya' Ramadhan dijalankan seperti tahun-tahun sebelumnya dengan penyertaan pelajar-pelajar tingkatan 1-5 secara bergilir-gilir.Diadakan sebelum solat zuhur berjamaah setiap hari sepanjang Ramadhan dari jam 12.45-2.00 ptg.

Wednesday, May 19, 2010

SELAMAT HARI GURU

Panitia Pendidikan Islam SMK Damai Jaya mengucapkan "Selamat Hari Guru kepada warga pendidik khususnya Guru Pendidikan Islam" Semoga Allah menguatkan keazaman dalam diri kita untuk berus berjuang dalam medan Dakwah Islamiah

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat PMR dan SPM 2010



14 Mei 2010- SMK Damai Jaya. Majlis bacaan Yaasin, Solat Hajat PMR dan SPM 2010 telah dilaksanakan dengan jayanya. Program kali ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan juga MAKDIS SMK Damai Jaya. Dianggarkan 95% murid yang bakal menduduki peperiksaan awam hadir bersama dengan sokongan ibubapa hampir 40 orang. Program kali ini di adakan di Dewan SMK Damai Jaya dan telah melebihi kapasiti yang sepatutnya sehingga ada yang terpaksa duduk di luar dewan. Program diteruskan lagi dengan Qiyamullail siri 1 oleh murid-murid KAA seramai 64 orang. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG, Pentadbir dan semua guru-guru Islam yang menjayakan program ini.

Saturday, May 08, 2010

10 Peringkat Menjadi Orang Beriman

Tidaklah hamba di langit dan di bumi tergolong hamba yang beriman, sehingga dia berlaku lembut terhadap manusia.

Tidaklah dia termasuk orang yang lembut, sehingga dia menjadi seorang muslim

Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga orang lain selamat dari (gangguan) tangan dan lidahnya

Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga dia menjadi orang yang alim

Tidaklah dia temasuk orang alim, sehingga dia mengamalkan ilmunya

Tidaklah dia termasuk orang yang mengamalkan ilmunya, sehingga dia menjadi hamba yang zahid

Tidaklah dia termasuk hamba yang zahid, sehingga dia menjadi hamba yang warak

Tidaklah dia menjadi hamba yang warak, sehingga dia menjadi hamba yang merendahkan dirinya

Tidaklah dia tergolong hamba yang merendahkan dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang mengenal dirinya

Tidaklah dia tergolong hamba yang mengenal dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang berakal dalam percakapannya.

(mafhum hadis Rasulullah s.a.w)

Suara Syaitan Yang Menggoda Keteguhan Iman

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI dalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam.

Kerana sikapnya yang warak atau

dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya. Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa :

"Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka

semua kewajipan untukmu. " Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi

Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala.

Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda

pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah

meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang

hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

“Tidak Ada Paksaan Dalam Agama”


KATAKANLAH jika kita pergi ke sebuah negara. Mahu tidak mahu kita terpaksa mengikut segala peraturan dan undang-undang di negara tersebut. Kita tidak dipaksa untuk pergi ke negara itu, cumanya kerajaan di negara itu membuat promosi untuk menarik perhatian kita untuk datang melawat melalui publisiti yang dilakukan. Tapi bila kita masuk sahaja ke negara tersebut, kita terikat dengan segala bentuk peraturan dan undang-undang yang ada di negara itu. Kita tidak boleh berbuat sesuka hati di negara orang lain. Bila kita melanggar undangundang, kita akan dibicara dan dijatuhkan hukuman menurut kesalahan yang dilakukan.

Petikan di atas diutarakan kerana hendak menarik perhatian kepada suatu perkara yang lebih besar dari itu. Yang mempunyai kaitan dengan kesan kita melafazkan kalimah syahadah. Inilah perkara yang sering berlaku. Walau pun lafaz syahadah telah diluahkan tapi masih melakukan sesuatu yang bertentangan dengan

pengakuan yang dilafazkan.. Sepatutnya apabila melafazkan kalimah syahadah, bermakna kita telah membebaskan diri dari segala bentuk pengabdian selain Allah. Kita kena ikut segala suruhan Allah dan pada masa yang sama meninggalkan larangan dan tegahan Allah. Syariat dan peraturan Allah perlu dipelihara dan dilaksana. Tapi ada pula yang buat apa yang Allah larang dan tinggal yang Allah suruh. Bila di tanya berbagai alasan diberikan. Hinggakan ada yang memberikan berbagai alasan yang menunjukkan kejahilan sendiri demi untuk terus melanggar perintah Allah itu. Kononnya ‘tidak ada paksaan dalam agama” (maksud surah al-Baqarah:256). Mereka menafsir kan tiada sesiapa boleh memaksa mereka dari melaksanakan ajaran Islam. Segala-galanya bergantung kepada kehendak mereka sendiri. Mereka bebas melakukan menurut penilaian nafsu.

Memang betul hakikatnya tidak ada paksaan untuk masuk Islam. Sebab itu dakwah yang dilakukan adalah untuk mengajak, bukan memaksa manusia beriman dengan Allah. Rasulullah saw pun ketika berdakwah tidak melakukan paksaan kepada ummatnya untuk menganut Islam. Mereka menerima Islam dengan kerelaan sendiri. Tapi harus diingat apabila kita menerima Islam bermakna seluruh hidup sanggup untuk bersama-sama mengikuti segala arahan, peraturan, syariat, undang undang dari Allah. Islam bukan pada nama semata-mata. Samalah halnya kalau kita pergi ke negara lain. Mahu tak mahu kita kena ikut peraturan negara tersebut.

Jadi bila kita menerima Islam bermakna kita rela menurut segala peraturan dan syariat yang terkandung dalam Islam. Jika kita engkar, jangan salahkan sesiapa jika kita menerima balasan dari Allah.

Sama seperti kita melanggar peraturan di sesebuah negara, kita tetap akan menerima hukuman juga. Cumanya undang-undang manusia yang menguasai sesebuah negara berbeza dengan undang-undang Allah yang mentadbir seluruh alam ini.

Justeru, fikir-fikirkanlah…Jika kita pergi ke negara lain, kita kena ikut peraturan di negara tersebut. Jika kita menerima Islam, bermakna kita kena ikut peraturan yang ada di dalam Islam.